bismillah...
* aku jua insan biasa...
maha suci ALLAH mengizinkan diri ini berbicara , Alhamdullilah :)
11 mac 2013
hari itu aku pergi membantu ibu dgn keja NGO ibu.. ada byk
perkara yang aku belajar dan aku yakin ALLAH sedang tunjuk aku sesuatu yang
tiada siapa bisa memahami..ibu ku bekerja sebagai sukarelawan bg kanak2
istismewa..
aku melihat kebanyakkan mereka ada seusia dengan ku,bahkan
ada yang tua lagi dari diriku..aku merenung lagi melihat 4 kanak2 yang berusia
3 tahun ,yg dipanggil adik ika,adik pie,adik safiah dan juga adik hadif.
ibu meminta aku menjaga dan mengajar mereka sementara ibu
dan rakan2 sedang uruskan org dewasa..
aku mula menegur dan berkawan dgn adik2 itu...
aku mula mengajar mereka namun yg memberi sepenuh perhatian
hanya adik pie. adik ika pula tidak henti2 hendak memeluk dan menciumku.. aku
terharu dan seronok melayan mereka..adik hadif ni pembersih sgt ,sbb setiap
kali dia pegang apa2 musti dia nk basuh tangan ..hehe.. adik safiah pula petah
berbicara tp hyperactive sekali.
sekali ku lihat mereka normal namun ALLAH da beri mereka
ujian sebagai tanda kasih.mereka adalah kanak-kanak yg mengalami down
syndrome..
aku jua melihat walau mereka seperti itu mereka tetap
teruskan hidup .walau ALLAH tarik satu nikmat tapi mereka tetap menghargai
nikmat yg lain.
selepas rehat ;
aku bermain kotak beracun bersama-sama dengan rakan2 seusia
dengan ku namun sebelum aku bermain , aku sempat bertaaruf dengan mereka semua.
i really2 admire my mum because she able to handle all this
child.
mcm2 aku lihat, ada yg buta ,ada yg mengalami kecacatan
mental , ada yg mengalami masalah pembelajaran dan ada yg pelbagai kecacatan
dialami. namun aku melihat mereka tetap teguh berdiri .
aku kagum dengan mereka semua .
really2 envy with all them.. betul ! kejadian xcdent itu
sedikit sebanyak memberi kesan padaku . walau aku berusaha memujuk diriku
bahawa ini semua sudah suratan namun luka itu tetap ada.
Aku cuba bangkit !
ya ALLAH , aku malu berhadapan dengan MU..
aku lemah dengan ujian ini.
Terima kasih ya ALLAH , ENGKAU menegur ku melalui mereka
semua !
Bersama dengan mereka semua membantu aku bermuhasah dengan
kelemahan diri ini !
Aku menerima pesanan dari sahabatku ,Nur Nabilah Azman :
“ALLAH itu Maha Penyayang , diambil orang2 yang DIA sukai
,diuji org2 yang DIA cintai .Ujian2 itu sesuai dengan kemampuan hambaNYA . Andai ditukar
segala isi dunia dengan kasihnya ,
Semuanya tidak bernilai ..sahabat , maaf diri ini tidak ada
disisimu kala ini. Sungguh , aku rindu zaman kita berdua dulu. Enti tabahkan hati . yakinlah dan
gembiralah dengan tinta ALLAH , surah ali-imran (AYAT :139 ).Itu bakal menyukakan hatimu. Tinta hati dari sahabatmu
buat si tinta hati. “
Coretan 1 ,
Tinta hati .
12.52 P.M
13 MAC 2013
DI BUMI TERENGGANU .