Tuesday 16 December 2014

tinta_hati1

bismillah

pejam mata .

*crying *
uhuk2..tengah duduk buat kerja
tiba-tiba hati teringat sesuatu.
"astagfirullah , astagfirullah .astagfirullah " 
 ,monolog humaira sendiri.

di atas sejadah 

humaira terkaku ,
terasa jauh sekali dengan DIA 
yang menciptakan dirinya .
terasa sungguh sombong dirinya
berjalan di atas muka bumi
tanpa sedikit bersyukur pada DIA
allah . allah .allah .


ya allah , knp hati humaira ni.
knp humaira rasa jauh sekali .
allah , tolong humaira .
humaira nk cinta ALLAH.
tolong humaira ya .
humaira mintak sangat2 dengan ALLAH
humaira nk jadi anak solehah , remaja beradab
humaira nk redha ALLAH

*kringgg333*

MAK           :Assalamualaikum , maira.
HUMAIRA  :waalaikummusalam mak.
MAK           :mak nk bgtaw , abah suh hang kawen tahun depan.
HUMAIRA  :...........mak , maira xnk lagi. maira nk belajar .
MAK           : belajar satu cerita , kawen satu cerita . hang duk jauh dr kami .
                     apa2 jadi , sekurangnya ada org tenggokkan hang tu .
HUMAIRA :mak , nt maira fikirkan .mmm
MAK           : solat taubat , solat istikarah . mak doakn yang baik maira tuk maira.
                    anak mak da besar . mak yakin maira boleh pikul .
HUMAIRA : *nangis* 
                    baik mak , nanti maira bgtaw ye keputusan.


 
 BE CONTINUE

 


Tuesday 12 March 2013

THANK ALLAH



bismillah...



* aku jua insan biasa...



maha suci ALLAH mengizinkan diri ini berbicara  , Alhamdullilah :)



11 mac 2013



hari itu aku pergi membantu ibu dgn keja NGO ibu.. ada byk perkara yang aku belajar dan aku yakin ALLAH sedang tunjuk aku sesuatu yang tiada siapa bisa memahami..ibu ku bekerja sebagai sukarelawan bg kanak2 istismewa..



aku melihat kebanyakkan mereka ada seusia dengan ku,bahkan ada yang tua lagi dari diriku..aku merenung lagi melihat 4 kanak2 yang berusia 3 tahun ,yg dipanggil adik ika,adik pie,adik safiah dan juga adik hadif.



ibu meminta aku menjaga dan mengajar mereka sementara ibu dan rakan2 sedang uruskan org dewasa..



aku mula menegur dan berkawan dgn adik2 itu...



aku mula mengajar mereka namun yg memberi sepenuh perhatian hanya adik pie. adik ika pula tidak henti2 hendak memeluk dan menciumku.. aku terharu dan seronok melayan mereka..adik hadif ni pembersih sgt ,sbb setiap kali dia pegang apa2 musti dia nk basuh tangan ..hehe.. adik safiah pula petah berbicara tp hyperactive sekali.



sekali ku lihat mereka normal namun ALLAH da beri mereka ujian sebagai tanda kasih.mereka adalah kanak-kanak yg mengalami down syndrome..

aku jua melihat walau mereka seperti itu mereka tetap teruskan hidup .walau ALLAH tarik satu nikmat tapi mereka tetap menghargai nikmat yg lain.



selepas rehat ;



aku bermain kotak beracun bersama-sama dengan rakan2 seusia dengan ku namun sebelum aku bermain , aku sempat bertaaruf dengan mereka semua.



i really2 admire my mum because she able to handle all this child.



mcm2 aku lihat, ada yg buta ,ada yg mengalami kecacatan mental , ada yg mengalami masalah pembelajaran dan ada yg pelbagai kecacatan dialami. namun aku melihat mereka tetap teguh berdiri .



aku kagum dengan mereka semua .



really2 envy with all them.. betul ! kejadian xcdent itu sedikit sebanyak memberi kesan padaku . walau aku berusaha memujuk diriku bahawa ini semua sudah suratan namun luka itu tetap ada.




Aku cuba bangkit ! 


ya ALLAH , aku malu berhadapan dengan MU..


aku lemah dengan ujian ini.


Terima kasih ya ALLAH , ENGKAU menegur ku melalui mereka semua !


Bersama dengan mereka semua membantu aku bermuhasah dengan 

kelemahan  diri ini !






Aku menerima pesanan dari sahabatku ,Nur Nabilah Azman :



“ALLAH itu Maha Penyayang , diambil orang2 yang DIA sukai ,diuji org2 yang  DIA  cintai .Ujian2 itu sesuai dengan kemampuan hambaNYA . Andai ditukar segala isi dunia dengan kasihnya ,
Semuanya tidak bernilai ..sahabat , maaf diri ini tidak ada disisimu kala ini. Sungguh , aku rindu zaman kita berdua dulu. Enti tabahkan hati . yakinlah dan gembiralah dengan tinta ALLAH , surah ali-imran (AYAT :139 ).Itu bakal menyukakan hatimu. Tinta hati dari sahabatmu buat si tinta hati. “







Coretan 1 ,


Tinta hati .

12.52 P.M 

13 MAC 2013

DI BUMI TERENGGANU .




Wednesday 6 March 2013

ALLAH


Things do get complicated.

Life is not easy, not all the time

It's not every time and everything about being so lucky.

It's not that God doesn't love us.

And,

Everyone needs to face test.

Because we will never know how is it like to feel Beyond happy if we never know understand what is pain.

No. Life is Fair. People Not. Allah is fair, because HE loves us no matter what.

Not Everyone is going to love us. Understand us. Think Good about us. Be there for us all the time.

To be honest, we can't do that too. There's always a fight between nafs and Iman.

Do the best. Remember Allah. Please Lord , prevent us from any maksiat or evil on earth.

Eyes, Mouth, Ears , Nose, Hands, Legs, Mind, Heart.

Everything.

Things Just Happen.Yes some hurt . But that's the purpose. As that's how we learn to appreciate.

People , and what we have.

Don't over think and keep counting what we don't have and what people have.

Some people do have it because, that what's best for them. There's always the best for us.

What we have today.

As how we see we have weakness. So does anybody else.

As how we see people have specialness. So do us.

Destiny , Taqdir . Yes Allah has written it for us.

But, it's actually what path do we choose. How we handle things.

What decision we made.

People can talk. people can say.

But it's our Amanah to takecare of what Allah has given, we are just borrowing.

Our job to take care of ourselves. The best as we can to prevent Fitna, to people. to us.

Do the best, let Allah settle the rest.

Obviously, shaytan is everywhere. Nafs is always in our heart. Anyone's heart.

So we actually can't stop people from thinking/talking negatively.

But always, keep people's aib. Allah will keep our 'aib, in this world and InshaaAllah HereAfter.

BUT

As long as we breath, it's never too late to turn back, to HIM.

As long as the heart beats, there's always a chance.

It's okay. HE knows.

We cry, we get mad, we feel extremely insane. Mixed Feelings.

It's okay. We ARE human.

and guess what? TURN BACK TO HIM. Regardless time, place.

Be nice. Be good. Nothing to lose.

HE shall give the best. To you, me, us.

Hold On. Keep praying. When the time comes,

MIRACLE HAPPENS.


p/s: To HIM i come back :)

Tuesday 19 February 2013

BINGKISAN SEBUAH PERTEMUAN

assalamualaikum..
kaifa haluki ya humaira? maaf, ye sy x sempat jupe awk before sy pergi.Tp humaira jangan sedey2 tau sebab sy tetap sayangkan humairah.sy ada sedikit bingkisan buat awk dan semoga ini membuat awk sentiasa bersemangat ye :)  fighting!!
ketahuilah  sahabatku ,
 Allah dah anugerahkan dlm diri stiap perempuan sifat 'rahmah'..sifat penyayang. walau bagaimana kasarnya dia pada mata orang, tapi masih tertanam di dalam dadanya sifat penyayang. bukankah perempuan dicipta dari tulang rusuk yang bengkok?..

dan bengkoknya itu bukan bermakna satu kekurangan ttp sebenarnya satu penyempurnaan. tulang rusuk yang bengkok tadi sifatnya sebagai pelindung. melindungi organ2 penting di dalam tubuh manusia spt jantung dan paru2...

dlm erti kata lain, terciptanya seorang perempuan tu secara semula jadinya juga ada dalam dirinya,iaitu penyayang dan pelindung. oleh sebab itulah perasaan perempuan ini halus. kerana dua sifat itulah juga,maka seorang perempuan sggp bersabar dan melayan karenah anak2..bersabar apabila hatinya digores atau dikecewakan oleh mereka. yang mana tidak mampu dilakukan oleh seorang lelaki.

sebenarnya bengkok atau tidaknya seseorang lelaki atau perempuan bergantung kepada iman dan akhlaknya. orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang sifat2 terkeji di dalam dirinya pun akan jadi bengkok juga, malah lebih bengkok daripada orang perempuan yang ada usaha membaiki dirinya. perempuan kasar tingkah lakunya dan pernah juga dikatakan tidak layak untuk lelaki yang faham agama lantas berusaha memperbaiki dirinya..
humaira,
awk kena yakin dengan diri awk taw! jangan pernah putus asa dengan rahmat ALLAH sebab semua orang adda masa silam.so, dakwah tak semestinya kena pakai tudung labuh,pakai jubah tp dakwah itu universal.sy pun mcm awk juga dulu tp sy xnk kisah apa org nk kutuk sy janji sy tahu sy in da learning process to be a better person. so, awk jgn cepat melatah taw..
 
k la,panjang pulak sy membebel..hehe..take care maira..syg awk ketat2 taw..hahaha...:)
your beloved and cute friend,
rabiatul adawiyah.
 
 
" rindu aku dengan wiyah , apa khabar wiyah? Ya ALLAH ,aku rindu wiyah.dekat mane agaknya wiyah". hati kecilnya berbicara.
 
TO BE CONTINUE (^_^)
 

Monday 18 February 2013

bismillah

Travelog menjadi hamba ALLAH S.W.T

Hati manusia, walau sekeras mana pun pasti akan lembut. Tapi semua itu atas kehendak yang Berkuasa...

Dia tidak pernah menangis apabila dikutuk dan dikritik di hadapan khalayak. Baginya, menangis itu menunjukkan kelemahan. Walaupun hatinya terdetik, "Ya Allah, apakah dosaku sampai aku diperlakukan sebegini."


Dia tidak pernah mengadu kepada sesiapa kecuali seorang teman yang dia amat percaya. Baginya, biarlah semua itu dipendam sendirian. Biarlah semua orang tidak tahu penderitaan dan sengsara yang ditanggung. Atas sebab apa? Manusia hanya pandai menilai melalui paras rupa, tingkah laku, cara percakapan tapi jauh di sebalik hati tiada siapa yang tahu.


Entah mengapa semakin hari dirinya merasakan kehilangan sesuatu. Bukannya kekasih ataupun sesiapa yang disayangi. Tapi kegembiraan yang selama ini dinikmati semakin jauh dibawa arus. Di situ tempat dia bergembira tanpa kenal perasaan sedih tapi bila tiba waktu pulang perasaan sebak menanti di hati. Kenapa?


Kerana dia bukannya tidak pernah sedih....


Hampir setiap hari dirasakan masa sungguh pantas berlari. Sehinggakan setiap malam merintih pada-Nya memohon kemaafan dan keampunan atas dosa yang dilakukan. Baginya diri belum cukup sempurna selagi ada mata-mata yang memandangnya jelek. Orang pernah berkata, "Brutal dia ni." Tapi apakan daya, cara dia memang sebegitu. Bukannya dia tidak pernah cuba untuk memperbaiki.
Biarlah orang berkata apa yang mereka suka, sebab mereka ada hak untuk berkata-kata. Tetapi prinsip hidupnya tidak pernah lari. 


Dia  pernah kenal apa itu cinta manusia,dan sekarang dia hanya mencari cinta Ilahi. Itulah yang perlu dicari untuk perjalanan akhirat nanti. Janji Allah itu pasti. Tapi dia juga masih ingin mengenal kasih sayang.  Dia seorang wanita yang amat memerlukan kasih sayang. Dalam hidupnya penuh duka walaupun di mata temannya dia seorang yang ceria..


Banyak lagi kehilangan yang berlaku dalam hidupnya. Rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama menuntut ilmu, sahabat yang turut sama mengikuti program, adik-adik yang mengikuti perkembangan dirinya. Namun, dia sering kecewa dan hampa apabila tangan yang dihulur, ludah yang diterima. Nilai persahabatan yang dihulurkan, keegoaan, kesombongan dan kerendahan yang diterimanya.
Sehinggakan sampai satu masa, dia merajuk lalu pergi meninggalkan semua. Atas alasan apa? "Biarlah aku sendirian, kerna mereka lebih suka aku pergi."


Kini, dia cuba bangkit kembali untuk menebus kekhilafan diri. Namun, sekali lagi dia jatuh terduduk sehingga memaksa untuk memaut pada sesuatu. Apakan daya, kudratnya hanya tinggal sisa. Sisa yang tinggal sementara untuk meniti alam sana. Atas sebab apa dia sedemikian rupa?


Rupanya kasih yang ingin dicurahkan, ukhuwah yang ingin disemaikan disalah tafsir. Malahan dakwah yang diketengahkan, nasihat yang diberikan dibalas dengan kesombongan dan keegoaan seorang manusia. Sekali lagi kekecewaan dan hiba menusuk hati.



"Andai sekali ini nasihatku tak diperlukan lagi, aku reda ya Allah. Sungguh aku tahu aku belum cukup sempurna. Maka, aku reda."
Bukan hatinya tidak pernah menangis namun dia pujuk dengan kata-kata inilah kasih sayang darinya. Dan yang paling penting , setiap apa yang berlaku dia akan bermonolog bahawa ALLAH sedang berbicara denganNYA.
Paling perit bila dia kehilangan adik jua sahabat kerana ALLAH telah susun atur secara indah. Perit! Sakit ! kerana terasa seolah- olah dirinya gagal melindungi adik2 dan sahabat.
Namun dia ingat satu dialog dalam novel ayat2 cinta : “ALLAH SEDANG BERBICARA DENGANMU”  IKHLAS !  IKHLAS ! IKHLAS!



"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran,
masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan
dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan."

Basmalah..


Ku merenung jauh,namun hatiku ingin jua menyatakan sesuatu.Aku

seperti tidak bisa memuntahkan segala yang ingin aku coretkan. 

Seringkali aku melihat kebanyakkan manusia ingin menikmati 

 ketenangan dalam hidup. seringkali aku melihat manusia menjadikan 

faktor kekayaan sebagai misi untuk mendapat ketenangan.Namun 

tiada siapa dapat menghalang ketetapan ALLAH jika  DIA berkata 

“kun fa ya kun”.jika ALLAH ingin memberikan kebahagiaan pada 

seseorang tiada sesiapa yang mampu menghalangnya.Jika ALLAH 

mengatur sesuatu yang pada kita tetapi orang lain menyangka kita 

tewas namun apabila kita melihat dari sisi ALLAH kita memperoleh 

kemenangan.Dan jika orang lain merasa rugi,ALLAH akan bagi 

keuntungan pada kita dan memberi jalan-jalan manusia yang 

xdisangka iaitu keajaiban.



Pabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah seolah satu 

benda yang hilang di dunia seperti kita kehilangan segala-

galanya.Cuba kita renungkan, berapa kali kita melalui keperitan 

hidup? Cuba fikir ! cuba ingat ! Sehingga kita merasakan musibah 

yang  kita terima seolah-olah tiada jalan keluar  tetapi  ALLAH telah 

mengeluarkan kita dalam keadaan baik .


Kita masih mampu menikmati kehidupan dunia seiring usia kita berjalan.Dan kita adalah hamba yang tidak bersyukur kan? Pentingkan diri sendiri kan ? Kita lupa ALLAH telah keluarkan kita dari pelbagai ranjang kehidupan. Saat bila kita diberi ujian,kita selalu bertanya apakah dosa yang aku lakukan.TIDAK ! TIDAK !jangan sesekali kita mempersoalkan perkara itu dan jangan kita menghukum orang-orang yang ditimpa musibah seolah-olah kita adalah malaikat.Itu KASIH SAYANG ALLAH pada dia.yang paling penting kita kena ingat :” cukuplah ALLAH bagiku”.itulah value bila kita memandang semua dari sisi ALLAH dan apabila ujian datang menerpa kita masih utuh kerana apa? 


KERANA kita yakin CUKUPLAH ALLAH BAGIKU..

Di sini insya-Allah sy coretkan pengalaman berharga yang saya rasa tidak mampu ditukar ganti.Bermula kisah ku dan sahabatku,tasnim,hajar dan soleha.



6 January 2013


Hari ini seperti yang dirancang ,kami berempat akan menghantar barang .Aku ingin menumpang barang2 ku di  rumah seorang kakak seniorku,Nadia Zakaria dan yang lain menumpang di rumah nenek hajar di lubuk china.Perjalanan kami amat pelik seolah-olah ALLAH telah memberi tanda kepada kami namun kami tetap teruskan perjalanan.Mula-mula kereta kami tiada minyak dan mati berhampiran balai polis bukit beruang.Lalu kami minta tolong pada seorang senior untuk bantu kami.Selepas tu kami meneruskan perjalanan dan kami tiba di kampung hajar pada lewat petang dan kami bertolak pulang,namun waktu itu sudah hampir maghrib.Kami singgah solat di masjid tanah dan kebetulan ada pasar malam.Selepas selesai menunaikan solat,kami membeli sedikit makanan untuk bekalan dalam perjalanan.Soleha membeli sebiji kek untuk seorang teman kami di KMM sempena harijadi sahabat kami tersebut.Lalu au dan tasnim ajak pulang melalui jalan yang biasa kami lalui namun malam tu seolah-olah kami tidak bisa melihat jalan yang biasa kami lalui.Lantas hajar memberi direction arah yang biasa dia lalui.Seusai azan isyak di radio,semua senyap dan menghayati alunan nasyid tiba-tiba….aku merasakan kereta yang kami naiki sedang menjunam ke bawah dengan laju dan  BUM! Kereta yang kami naiki terlanggar pokok.Saat itu,aku terasa berat sekali namun aku mendengar suara tasnim berzikir,aku gagahkan diri memohon tasnim membuka seat belt aku dan apabila aku pusing aku melihat hajar sudah terbaring di antara tempat radio dan tidak bergerak.Aku memanggil nama hajar namun tiada respon.Ya ALLAH ! ketika itu aku tidak mempedulikan keadaanku,namun ALHAMDULLILAH ada pak cik datang tolong angkat hajar.Soleha datang dan menangis sambil meminta maaf berulang kali.Selepas aku keluar dan terbaring di atas seorang mak cik,tiada yang dapat aku katakan kecuali ALHAMDULLILAH kerana aku bisa bernafas dan masih bernyawa.Aku melihat hajar terbaring dan di sisinya ada tasnim menemani manakala aku mula berasa hangat dan aku baru terperasan bahawa darah mengalir dengan laju melalui hidung dan mulut.Aku sudah merasakan bahawa ada sesuatu dalam mulutku yang patah.Namun ketika itu aku tidak mampu berkata apa-apa kecuali melihat semua sahabatku satu persatu.tidak bisa perasaan aku gambarkan.

Setakat ini ku coretkan apa yang berlaku..ambillah ibrah semua atas apa yang berlaku…