Tuesday 19 February 2013

BINGKISAN SEBUAH PERTEMUAN

assalamualaikum..
kaifa haluki ya humaira? maaf, ye sy x sempat jupe awk before sy pergi.Tp humaira jangan sedey2 tau sebab sy tetap sayangkan humairah.sy ada sedikit bingkisan buat awk dan semoga ini membuat awk sentiasa bersemangat ye :)  fighting!!
ketahuilah  sahabatku ,
 Allah dah anugerahkan dlm diri stiap perempuan sifat 'rahmah'..sifat penyayang. walau bagaimana kasarnya dia pada mata orang, tapi masih tertanam di dalam dadanya sifat penyayang. bukankah perempuan dicipta dari tulang rusuk yang bengkok?..

dan bengkoknya itu bukan bermakna satu kekurangan ttp sebenarnya satu penyempurnaan. tulang rusuk yang bengkok tadi sifatnya sebagai pelindung. melindungi organ2 penting di dalam tubuh manusia spt jantung dan paru2...

dlm erti kata lain, terciptanya seorang perempuan tu secara semula jadinya juga ada dalam dirinya,iaitu penyayang dan pelindung. oleh sebab itulah perasaan perempuan ini halus. kerana dua sifat itulah juga,maka seorang perempuan sggp bersabar dan melayan karenah anak2..bersabar apabila hatinya digores atau dikecewakan oleh mereka. yang mana tidak mampu dilakukan oleh seorang lelaki.

sebenarnya bengkok atau tidaknya seseorang lelaki atau perempuan bergantung kepada iman dan akhlaknya. orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang sifat2 terkeji di dalam dirinya pun akan jadi bengkok juga, malah lebih bengkok daripada orang perempuan yang ada usaha membaiki dirinya. perempuan kasar tingkah lakunya dan pernah juga dikatakan tidak layak untuk lelaki yang faham agama lantas berusaha memperbaiki dirinya..
humaira,
awk kena yakin dengan diri awk taw! jangan pernah putus asa dengan rahmat ALLAH sebab semua orang adda masa silam.so, dakwah tak semestinya kena pakai tudung labuh,pakai jubah tp dakwah itu universal.sy pun mcm awk juga dulu tp sy xnk kisah apa org nk kutuk sy janji sy tahu sy in da learning process to be a better person. so, awk jgn cepat melatah taw..
 
k la,panjang pulak sy membebel..hehe..take care maira..syg awk ketat2 taw..hahaha...:)
your beloved and cute friend,
rabiatul adawiyah.
 
 
" rindu aku dengan wiyah , apa khabar wiyah? Ya ALLAH ,aku rindu wiyah.dekat mane agaknya wiyah". hati kecilnya berbicara.
 
TO BE CONTINUE (^_^)
 

Monday 18 February 2013

bismillah

Travelog menjadi hamba ALLAH S.W.T

Hati manusia, walau sekeras mana pun pasti akan lembut. Tapi semua itu atas kehendak yang Berkuasa...

Dia tidak pernah menangis apabila dikutuk dan dikritik di hadapan khalayak. Baginya, menangis itu menunjukkan kelemahan. Walaupun hatinya terdetik, "Ya Allah, apakah dosaku sampai aku diperlakukan sebegini."


Dia tidak pernah mengadu kepada sesiapa kecuali seorang teman yang dia amat percaya. Baginya, biarlah semua itu dipendam sendirian. Biarlah semua orang tidak tahu penderitaan dan sengsara yang ditanggung. Atas sebab apa? Manusia hanya pandai menilai melalui paras rupa, tingkah laku, cara percakapan tapi jauh di sebalik hati tiada siapa yang tahu.


Entah mengapa semakin hari dirinya merasakan kehilangan sesuatu. Bukannya kekasih ataupun sesiapa yang disayangi. Tapi kegembiraan yang selama ini dinikmati semakin jauh dibawa arus. Di situ tempat dia bergembira tanpa kenal perasaan sedih tapi bila tiba waktu pulang perasaan sebak menanti di hati. Kenapa?


Kerana dia bukannya tidak pernah sedih....


Hampir setiap hari dirasakan masa sungguh pantas berlari. Sehinggakan setiap malam merintih pada-Nya memohon kemaafan dan keampunan atas dosa yang dilakukan. Baginya diri belum cukup sempurna selagi ada mata-mata yang memandangnya jelek. Orang pernah berkata, "Brutal dia ni." Tapi apakan daya, cara dia memang sebegitu. Bukannya dia tidak pernah cuba untuk memperbaiki.
Biarlah orang berkata apa yang mereka suka, sebab mereka ada hak untuk berkata-kata. Tetapi prinsip hidupnya tidak pernah lari. 


Dia  pernah kenal apa itu cinta manusia,dan sekarang dia hanya mencari cinta Ilahi. Itulah yang perlu dicari untuk perjalanan akhirat nanti. Janji Allah itu pasti. Tapi dia juga masih ingin mengenal kasih sayang.  Dia seorang wanita yang amat memerlukan kasih sayang. Dalam hidupnya penuh duka walaupun di mata temannya dia seorang yang ceria..


Banyak lagi kehilangan yang berlaku dalam hidupnya. Rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama menuntut ilmu, sahabat yang turut sama mengikuti program, adik-adik yang mengikuti perkembangan dirinya. Namun, dia sering kecewa dan hampa apabila tangan yang dihulur, ludah yang diterima. Nilai persahabatan yang dihulurkan, keegoaan, kesombongan dan kerendahan yang diterimanya.
Sehinggakan sampai satu masa, dia merajuk lalu pergi meninggalkan semua. Atas alasan apa? "Biarlah aku sendirian, kerna mereka lebih suka aku pergi."


Kini, dia cuba bangkit kembali untuk menebus kekhilafan diri. Namun, sekali lagi dia jatuh terduduk sehingga memaksa untuk memaut pada sesuatu. Apakan daya, kudratnya hanya tinggal sisa. Sisa yang tinggal sementara untuk meniti alam sana. Atas sebab apa dia sedemikian rupa?


Rupanya kasih yang ingin dicurahkan, ukhuwah yang ingin disemaikan disalah tafsir. Malahan dakwah yang diketengahkan, nasihat yang diberikan dibalas dengan kesombongan dan keegoaan seorang manusia. Sekali lagi kekecewaan dan hiba menusuk hati.



"Andai sekali ini nasihatku tak diperlukan lagi, aku reda ya Allah. Sungguh aku tahu aku belum cukup sempurna. Maka, aku reda."
Bukan hatinya tidak pernah menangis namun dia pujuk dengan kata-kata inilah kasih sayang darinya. Dan yang paling penting , setiap apa yang berlaku dia akan bermonolog bahawa ALLAH sedang berbicara denganNYA.
Paling perit bila dia kehilangan adik jua sahabat kerana ALLAH telah susun atur secara indah. Perit! Sakit ! kerana terasa seolah- olah dirinya gagal melindungi adik2 dan sahabat.
Namun dia ingat satu dialog dalam novel ayat2 cinta : “ALLAH SEDANG BERBICARA DENGANMU”  IKHLAS !  IKHLAS ! IKHLAS!



"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran,
masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan
dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan."

Basmalah..


Ku merenung jauh,namun hatiku ingin jua menyatakan sesuatu.Aku

seperti tidak bisa memuntahkan segala yang ingin aku coretkan. 

Seringkali aku melihat kebanyakkan manusia ingin menikmati 

 ketenangan dalam hidup. seringkali aku melihat manusia menjadikan 

faktor kekayaan sebagai misi untuk mendapat ketenangan.Namun 

tiada siapa dapat menghalang ketetapan ALLAH jika  DIA berkata 

“kun fa ya kun”.jika ALLAH ingin memberikan kebahagiaan pada 

seseorang tiada sesiapa yang mampu menghalangnya.Jika ALLAH 

mengatur sesuatu yang pada kita tetapi orang lain menyangka kita 

tewas namun apabila kita melihat dari sisi ALLAH kita memperoleh 

kemenangan.Dan jika orang lain merasa rugi,ALLAH akan bagi 

keuntungan pada kita dan memberi jalan-jalan manusia yang 

xdisangka iaitu keajaiban.



Pabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah seolah satu 

benda yang hilang di dunia seperti kita kehilangan segala-

galanya.Cuba kita renungkan, berapa kali kita melalui keperitan 

hidup? Cuba fikir ! cuba ingat ! Sehingga kita merasakan musibah 

yang  kita terima seolah-olah tiada jalan keluar  tetapi  ALLAH telah 

mengeluarkan kita dalam keadaan baik .


Kita masih mampu menikmati kehidupan dunia seiring usia kita berjalan.Dan kita adalah hamba yang tidak bersyukur kan? Pentingkan diri sendiri kan ? Kita lupa ALLAH telah keluarkan kita dari pelbagai ranjang kehidupan. Saat bila kita diberi ujian,kita selalu bertanya apakah dosa yang aku lakukan.TIDAK ! TIDAK !jangan sesekali kita mempersoalkan perkara itu dan jangan kita menghukum orang-orang yang ditimpa musibah seolah-olah kita adalah malaikat.Itu KASIH SAYANG ALLAH pada dia.yang paling penting kita kena ingat :” cukuplah ALLAH bagiku”.itulah value bila kita memandang semua dari sisi ALLAH dan apabila ujian datang menerpa kita masih utuh kerana apa? 


KERANA kita yakin CUKUPLAH ALLAH BAGIKU..

Di sini insya-Allah sy coretkan pengalaman berharga yang saya rasa tidak mampu ditukar ganti.Bermula kisah ku dan sahabatku,tasnim,hajar dan soleha.



6 January 2013


Hari ini seperti yang dirancang ,kami berempat akan menghantar barang .Aku ingin menumpang barang2 ku di  rumah seorang kakak seniorku,Nadia Zakaria dan yang lain menumpang di rumah nenek hajar di lubuk china.Perjalanan kami amat pelik seolah-olah ALLAH telah memberi tanda kepada kami namun kami tetap teruskan perjalanan.Mula-mula kereta kami tiada minyak dan mati berhampiran balai polis bukit beruang.Lalu kami minta tolong pada seorang senior untuk bantu kami.Selepas tu kami meneruskan perjalanan dan kami tiba di kampung hajar pada lewat petang dan kami bertolak pulang,namun waktu itu sudah hampir maghrib.Kami singgah solat di masjid tanah dan kebetulan ada pasar malam.Selepas selesai menunaikan solat,kami membeli sedikit makanan untuk bekalan dalam perjalanan.Soleha membeli sebiji kek untuk seorang teman kami di KMM sempena harijadi sahabat kami tersebut.Lalu au dan tasnim ajak pulang melalui jalan yang biasa kami lalui namun malam tu seolah-olah kami tidak bisa melihat jalan yang biasa kami lalui.Lantas hajar memberi direction arah yang biasa dia lalui.Seusai azan isyak di radio,semua senyap dan menghayati alunan nasyid tiba-tiba….aku merasakan kereta yang kami naiki sedang menjunam ke bawah dengan laju dan  BUM! Kereta yang kami naiki terlanggar pokok.Saat itu,aku terasa berat sekali namun aku mendengar suara tasnim berzikir,aku gagahkan diri memohon tasnim membuka seat belt aku dan apabila aku pusing aku melihat hajar sudah terbaring di antara tempat radio dan tidak bergerak.Aku memanggil nama hajar namun tiada respon.Ya ALLAH ! ketika itu aku tidak mempedulikan keadaanku,namun ALHAMDULLILAH ada pak cik datang tolong angkat hajar.Soleha datang dan menangis sambil meminta maaf berulang kali.Selepas aku keluar dan terbaring di atas seorang mak cik,tiada yang dapat aku katakan kecuali ALHAMDULLILAH kerana aku bisa bernafas dan masih bernyawa.Aku melihat hajar terbaring dan di sisinya ada tasnim menemani manakala aku mula berasa hangat dan aku baru terperasan bahawa darah mengalir dengan laju melalui hidung dan mulut.Aku sudah merasakan bahawa ada sesuatu dalam mulutku yang patah.Namun ketika itu aku tidak mampu berkata apa-apa kecuali melihat semua sahabatku satu persatu.tidak bisa perasaan aku gambarkan.

Setakat ini ku coretkan apa yang berlaku..ambillah ibrah semua atas apa yang berlaku…






Friday 8 February 2013

doa yg bley diamal ketika ambik wudhuk

basmalah...

coretan ini ku bingkiskan special buat teman-temanku..walaupun sedikit tp insyaALLAH ini akan membantu ita terdorong melakukan kebaikan..amin

1.sebelum hendak ambik wudhuk , hadap kiblat  
  baca doa ini :
 
  "basmalah. ya ALLAH !aku berlindung denganMU daripada gangguan syaitan dan aku berlindung 
    denganMU daripada kehadiran mereka dari sisiku "


2. tyme basuh tangan.doa ia:

" ya ALLAH , berianlah keberkatan dan tuah kepadaku dan jauhkanlah bala dan kebinasaan kepadaku"


3. tyme berkumur :)

  "ya ALLAH , jadikanlah lidahku sentiasa basah dengan AL-QURAN dan Zikir kepadaMU dan 
   kukuhkanlah aku dengan perkataan yang kukuh (la ilaha illallah) di dunia dan di ahirat "


4.tyme mskkn air dalam hidung :)

  " ya ALLAH! ciumkanlah akan hidungku ini akan bau wangi syurga sedangkan ENGKAU redha
   daripadaku "


5.tyme keluarkan air dari hidung :)

 "ya ALLAH ! aku berlindung denganMU dari bau busuk api neraka dan dari kejahatn tempat kediamanku"

6.tyme basuh muka..

  " ya ALLAH! putihkanlah wajahku dengan nurMU pada hari yang   
    menjadikan putih para AuliaMU dan jangan ENGKAU hitamkan
    mukaku dengan kegelapan pada hari menjadi hitam muka musuh-
    musuhMU"

                                         to be continue.
..


                                                   

part 1  

luv all of you.. 
 
ummi <3