Travelog menjadi hamba ALLAH S.W.T
Hati manusia, walau sekeras mana pun pasti akan
lembut. Tapi semua itu atas kehendak yang Berkuasa...
Dia tidak pernah menangis apabila dikutuk dan dikritik
di hadapan khalayak. Baginya, menangis itu menunjukkan kelemahan. Walaupun
hatinya terdetik, "Ya Allah, apakah dosaku sampai aku diperlakukan
sebegini."
Dia tidak pernah mengadu kepada sesiapa kecuali
seorang teman yang dia amat percaya. Baginya, biarlah semua itu dipendam
sendirian. Biarlah semua orang tidak tahu penderitaan dan sengsara yang
ditanggung. Atas sebab apa? Manusia hanya pandai menilai melalui paras rupa,
tingkah laku, cara percakapan tapi jauh di sebalik hati tiada siapa yang
tahu.
Entah mengapa semakin hari dirinya merasakan
kehilangan sesuatu. Bukannya kekasih ataupun sesiapa yang disayangi. Tapi
kegembiraan yang selama ini dinikmati semakin jauh dibawa arus. Di situ tempat
dia bergembira tanpa kenal perasaan sedih tapi bila tiba waktu pulang perasaan
sebak menanti di hati. Kenapa?
Kerana dia bukannya tidak pernah sedih....
Hampir setiap hari dirasakan masa sungguh pantas
berlari. Sehinggakan setiap malam merintih pada-Nya memohon kemaafan dan
keampunan atas dosa yang dilakukan. Baginya diri belum cukup sempurna
selagi ada mata-mata yang memandangnya jelek. Orang pernah berkata,
"Brutal dia ni." Tapi apakan daya, cara dia memang sebegitu. Bukannya
dia tidak pernah cuba untuk memperbaiki.
Biarlah orang berkata apa yang mereka suka, sebab
mereka ada hak untuk berkata-kata. Tetapi prinsip hidupnya tidak pernah lari.
Dia
pernah kenal apa itu cinta manusia,dan
sekarang dia hanya mencari cinta Ilahi. Itulah yang perlu dicari untuk
perjalanan akhirat nanti. Janji Allah itu pasti. Tapi dia juga masih
ingin mengenal kasih sayang. Dia seorang wanita yang amat memerlukan
kasih sayang. Dalam hidupnya penuh duka walaupun di mata temannya dia
seorang yang ceria..
Banyak lagi kehilangan yang berlaku dalam hidupnya.
Rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama menuntut ilmu, sahabat yang turut sama
mengikuti program, adik-adik yang mengikuti perkembangan dirinya. Namun, dia sering
kecewa dan hampa apabila tangan yang dihulur, ludah yang diterima. Nilai
persahabatan yang dihulurkan, keegoaan, kesombongan dan kerendahan yang
diterimanya.
Sehinggakan sampai satu masa, dia merajuk lalu
pergi meninggalkan semua. Atas alasan apa? "Biarlah aku
sendirian, kerna mereka lebih suka aku pergi."
Kini, dia cuba bangkit kembali untuk menebus
kekhilafan diri. Namun, sekali lagi dia jatuh terduduk sehingga memaksa
untuk memaut pada sesuatu. Apakan daya, kudratnya hanya tinggal sisa. Sisa yang
tinggal sementara untuk meniti alam sana. Atas sebab apa dia sedemikian rupa?
Rupanya kasih yang ingin dicurahkan, ukhuwah yang
ingin disemaikan disalah tafsir. Malahan dakwah yang diketengahkan, nasihat yang
diberikan dibalas dengan kesombongan dan keegoaan seorang manusia. Sekali lagi
kekecewaan dan hiba menusuk hati.
"Andai sekali ini nasihatku tak diperlukan lagi,
aku reda ya Allah. Sungguh aku tahu aku belum cukup sempurna. Maka, aku
reda."
Bukan hatinya tidak pernah menangis namun dia pujuk
dengan kata-kata inilah kasih sayang darinya. Dan yang paling penting , setiap
apa yang berlaku dia akan bermonolog bahawa ALLAH sedang berbicara denganNYA.
Paling perit bila dia kehilangan adik jua sahabat
kerana ALLAH telah susun atur secara indah. Perit! Sakit ! kerana terasa
seolah- olah dirinya gagal melindungi adik2 dan sahabat.
Namun dia ingat satu dialog dalam novel ayat2 cinta :
“ALLAH SEDANG BERBICARA DENGANMU” IKHLAS
! IKHLAS ! IKHLAS!
"Jadikanlah masa yang berlalu itu
pengalaman dan pengajaran,
masa yang sedang berjalan kita isi
dengan amalan
dan masa hadapan jangan terlalu
diangan-angankan."
Basmalah..
Ku merenung jauh,namun hatiku ingin jua
menyatakan sesuatu.Aku
seperti tidak bisa memuntahkan segala yang ingin aku
coretkan.
Seringkali aku melihat kebanyakkan manusia ingin menikmati
ketenangan
dalam hidup. seringkali aku melihat manusia menjadikan
faktor kekayaan sebagai
misi untuk mendapat ketenangan.Namun
tiada siapa dapat menghalang ketetapan
ALLAH jika DIA berkata
“kun fa ya
kun”.jika ALLAH ingin memberikan kebahagiaan pada
seseorang tiada sesiapa yang
mampu menghalangnya.Jika ALLAH
mengatur sesuatu yang pada kita tetapi orang
lain menyangka kita
tewas namun apabila kita melihat dari sisi ALLAH kita
memperoleh
kemenangan.Dan jika orang lain merasa rugi,ALLAH akan bagi
keuntungan pada kita dan memberi jalan-jalan manusia yang
xdisangka iaitu
keajaiban.
Pabila kita asyik mengeluh setiap kali
ditimpa musibah seolah satu
benda yang hilang di dunia seperti kita kehilangan
segala-
galanya.Cuba kita renungkan, berapa kali kita melalui keperitan
hidup?
Cuba fikir ! cuba ingat ! Sehingga kita merasakan musibah
yang kita terima seolah-olah tiada jalan keluar tetapi
ALLAH telah
mengeluarkan kita dalam keadaan baik .
Kita masih mampu menikmati kehidupan dunia seiring usia kita berjalan.Dan kita adalah hamba yang
tidak bersyukur kan? Pentingkan diri sendiri kan ? Kita lupa ALLAH telah
keluarkan kita dari pelbagai ranjang kehidupan. Saat bila kita diberi
ujian,kita selalu bertanya apakah dosa yang aku lakukan.TIDAK ! TIDAK !jangan
sesekali kita mempersoalkan perkara itu dan jangan kita menghukum orang-orang
yang ditimpa musibah seolah-olah kita adalah malaikat.Itu KASIH SAYANG ALLAH
pada dia.yang paling penting kita kena ingat :” cukuplah ALLAH bagiku”.itulah
value bila kita memandang semua dari sisi ALLAH dan apabila ujian datang
menerpa kita masih utuh kerana apa?
KERANA kita yakin CUKUPLAH ALLAH BAGIKU..
Di sini insya-Allah sy coretkan
pengalaman berharga yang saya rasa tidak mampu ditukar ganti.Bermula kisah ku
dan sahabatku,tasnim,hajar dan soleha.
6 January 2013
Hari ini seperti yang dirancang ,kami
berempat akan menghantar barang .Aku ingin menumpang barang2 ku di rumah seorang kakak seniorku,Nadia Zakaria dan
yang lain menumpang di rumah nenek hajar di lubuk china.Perjalanan kami amat
pelik seolah-olah ALLAH telah memberi tanda kepada kami namun kami tetap
teruskan perjalanan.Mula-mula kereta kami tiada minyak dan mati berhampiran balai
polis bukit beruang.Lalu kami minta tolong pada seorang senior untuk bantu
kami.Selepas tu kami meneruskan perjalanan dan kami tiba di kampung hajar pada
lewat petang dan kami bertolak pulang,namun waktu itu sudah hampir maghrib.Kami
singgah solat di masjid tanah dan kebetulan ada pasar malam.Selepas selesai
menunaikan solat,kami membeli sedikit makanan untuk bekalan dalam
perjalanan.Soleha membeli sebiji kek untuk seorang teman kami di KMM sempena
harijadi sahabat kami tersebut.Lalu au dan tasnim ajak pulang melalui jalan
yang biasa kami lalui namun malam tu seolah-olah kami tidak bisa melihat jalan
yang biasa kami lalui.Lantas hajar memberi direction arah yang biasa dia
lalui.Seusai azan isyak di radio,semua senyap dan menghayati alunan nasyid
tiba-tiba….aku merasakan kereta yang kami naiki sedang menjunam ke bawah dengan
laju dan BUM! Kereta yang kami naiki
terlanggar pokok.Saat itu,aku terasa berat sekali namun aku mendengar suara
tasnim berzikir,aku gagahkan diri memohon tasnim membuka seat belt aku dan
apabila aku pusing aku melihat hajar sudah terbaring di antara tempat radio dan
tidak bergerak.Aku memanggil nama hajar namun tiada respon.Ya ALLAH ! ketika
itu aku tidak mempedulikan keadaanku,namun ALHAMDULLILAH ada pak cik datang
tolong angkat hajar.Soleha datang dan menangis sambil meminta maaf berulang
kali.Selepas aku keluar dan terbaring di atas seorang mak cik,tiada yang dapat
aku katakan kecuali ALHAMDULLILAH kerana aku bisa bernafas dan masih
bernyawa.Aku melihat hajar terbaring dan di sisinya ada tasnim menemani
manakala aku mula berasa hangat dan aku baru terperasan bahawa darah mengalir
dengan laju melalui hidung dan mulut.Aku sudah merasakan bahawa ada sesuatu
dalam mulutku yang patah.Namun ketika itu aku tidak mampu berkata apa-apa kecuali
melihat semua sahabatku satu persatu.tidak bisa perasaan aku gambarkan.
Setakat ini ku coretkan apa yang
berlaku..ambillah ibrah semua atas apa yang berlaku…